Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merasmikan Seminar Budaya Melayu Ke-6 bertemakan ‘Bertaut Nilai, Berbentengkan Kemakmuran Saksama’ anjuran Kerajaan Negeri dan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak di Kuching pada 10 September 2013. Mengiringi beliau ialah Pengerusi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak YB Datuk Amar Tan Sri Haji Adenan Haji Satem dan Pengerusi seminar dari UNIMAS YBhg Profesor Madya Datu Haji Sanib Haji Said. Seramai lebih 300 orang terdiri daripada kakitangan-kakitangan awam, badan-badan berkanun dan sukarela serta pelajar-pelajar institut pengajian tinggi menghadiri seminar selama dua hari tersebut.
Total visits: 2,819,656 times
© 1994 - 2024 RAKAN Sarawak. All Rights Reserved