- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Penyertaan Wanita Dalam Pendidikan dan Kerjaya Semakin Meningkat

Must read

Senario pembangunan wanita kini telah jauh berubah. Jika melihat dari penyertaan dalam bidang pendidikan dan kerjaya, wanita kini setanding dengan lelaki di mana peningkatannya semakin ketara.

Dalam bidang pendidikan misalnya, amat jelas bahawa bilangan graduan pelajar wanita lebih tinggi jika dibandingkan dengan bilangan pelajar lelaki.

Ketika berucap semasa sambutan Hari Wanita yang lepas, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan Wanita dan Keluarga menyatakan bahawa jika dilihat dari segi statistik pendaftaran, pelajar wanita kini dianggarkan mewakili lebih kurang 70% hingga 75% daripada pelajar yang mendaftar dan jumlah ini menunjukkan perbezaan yang ketara antara pelajar lelaki dan wanita.

Di UNIMAS misalnya, dalam pendaftaran kemasukan pelajar 2012/2013 untuk lapan fakulti, boleh dikatakan kesemua fakulti diungguli pelajar wanita dengan peratusan yang agak ketara membezakan jumlah pelajar lelaki sehingga Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Walaupun peratusan yang sedikit iaitu 52%, tetapi ini jelas menunjukkan bahawa wanita pada hari ini jauh lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan wanita pada tahun 1980an dan 1990an.

Demikian juga dengan bilangan graduan; peratusan pelajar wanita yang lulus lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Walaupun dalam Fakulti Kejuruteraan peratusan graduannya adalah 44.6%, tetapi perbezaan peratusan yang ketara dari fakulti lain masih lagi boleh menjarakkan perbezaan peratusan antara graduan wanita dan graduan lelaki.

Selain itu, statistik peningkatan pelajar wanita ini bukan sahaja di insititusi pengajian tinggi awam bahkan juga swasta dan juga insititusi pendidikan lain seperti di politeknik, institut pendidikan guru (IPG) dan juga di institut latihan di seluruh Negara.

Malah, kerajaan turut memberikan pengiktirafan kepada mereka terutama sekali sebagai tenaga kerja separa mahir dan mahir yang amat diperlukan dalam pembangunan ekonomi Negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

Bilangan tenaga kerja wanita yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran juga semakin meningkat.

Penglibatan wanita dalam program sukarelawan juga semakin meningkat, di mana sehingga kini terdapat sebanyak 98 pertubuhan sukarela untuk wanita (Women-oriented NGO) yang telah berdaftar dengan Biro Wanita sementara bilangan pertubuhan sukarelawan berorientasikan kebajikan (Welfare-oriented NGO) pula berjumlah 61 pertubuhan.

Sehubungan itu, antara tiga pendekatan yang telah dikenalpasti boleh dilakukan untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber manusia yang bilangannya kini semakin ramai dan sekaligus menjana pendapatan baru iaitu menyediakan sistem sokongan sosial bagi membolehkan tenaga baru yang economically-productive ini tidak terpinggir dan tercicir kerana mereka memikirkan penjagaan anak dan keluarga terlebih dahulu.

Pelbagai usaha telah dipergiat bagi memberi sokongan untuk tenaga kerja wanita yang produktif ini seperti menyediakan taman asuhan di tempat kerja, waktu bekerja anjal, bekerja dari rumah dan bekerja secara sambilan seperti menambah bilangan pusat jagaan harian berpusatkan di rumah.

Ini akan menghasilkan “situasi menang-menang” kepada kedua belah pihak iaitu tenaga kerja wanita yang produktif dan juga surirumah yang mendapat bayaran atas perkhidmatan jagaannya.

Kedua, menggalakkan penubuhan New Social Service Centre di mana perkhidmatan yang dikendalikan oleh golongan wanita yang memilih untuk bekerja dari rumah dan juga yang bekerja dari rumah ke rumah. Golongan wanita yang mengambil kursus berkaitan seperti asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, penjagaan orang tua, catering dan masak memasak sebenarnya mempunyai peluang yang besar mempelbagaikan perkhidmatan mereka dan membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga.

Dan yang ketiga, iaitu memperluas tariff baru bagi online marketing di mana pelbagai bentuk produk dari dalam dan luar Negara yang boleh digerakkan dari rumah ke rumah dengan menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT boleh mengurangkan masa golongan wanita yang memilih jenis perniagaan secara talian ini berurusan di luar rumah.

Dengan adanya pendekatan yang sedemikian, maka lebih memudahkan lagi kaum wanita untuk menguruskan jadual harian mereka sebagai wanita yang berkerjaya di samping menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan juga penjana ekonomi baru untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article