Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, Datuk Rugayah Abdul Majid sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2013 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 28 September 2013.
Datuk Rugayah Abdul Majid dipilih sebagai penerima atas sumbangan dan jasa besar beliau dalam kerja-kerja sosial di Sarawak sejak tahun 1963.
Turut kelihatan ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Wanita 2013 Perinigkat Negeri Sarawak YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah.