Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama-sama dengan peserta Program Kesukarelaan Belia Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2013 yang diadakan Surau Darul Al Falah, Kampung Semariang Baru Fasa III, Kuching. Program tersebut bertujuan mendekatkan pemimpin
masyarakat, penjawat awam dengan golongan belia.
Turut bersama dengan masyarakat setempat dalam program tersebut ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Mohd Saiful Sungkih, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, YBrs, Tuan Haji Abdul Haris Bin Ishak dan Ketua Kampung Samariang Baru Fasa III, YBrs, Tuan Haji Dahlan Bin Haji Jaraee.