Pasukan Bomba menjuarai perlawanan akhir Kejohanan Futsal Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2013 menewaskan pasukan Jabatan Tanah dan Survei dengan jaringan 5 – 0.
Kejohanan anjuran bersama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak telah diadakan di Sentosa Sport Centre, Stakan, Batu 7, Kuching bermula pada 16 hingga 17 November.
Hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar Sarawak YBhg Datu Sudarsono Osman.