Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani mempengerusikan Sidang Media berkenaan sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2013 di Pusat Sumber dan Maklumat (IRC) Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 4 Disember 2013.
Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) YBhg Datu Ose Murang (dua dari kiri) dan Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Md Yahaya Basimin (dua dari kanan).
Pelbagai acara sampingan akan diadakan bersempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam untuk kali yang ke-13 ini antaranya Pertandingan Golf, Perlawanan Bolasepak Persahabatan antara Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Gotong Royong Mega, Pameran Wadah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pelancaran Kiosk Khidmat Awam Negeri.
Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Perkhidmatan Cemerlang Tonggak Keharmonian dan Kemakmuran’.