- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pelancaran ICOOP Malaysia

Must read

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais merasmikan majlis Pelancaran Institut Koperasi Malaysia (ICOOP Malaysia) Peringkat Negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching pada 28 Januari.

Turut kelihatan ialah Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) YBhg Dr. Ahmad Zahiruddin Yahya (tiga dari kanan) dan Pengarah MKM Cawangan Sarawak Encik Ngadi bin Robin (dua dari kiri).

ICOOP Malaysia akan memperkenalkan program-program jangka panjang termasuk program Diploma Pengurusan Koperasi bermula Jun 2014.

Pelancaran ICOOP Malaysia merupakan sebahagian daripada pelan awal agenda transformasi MKM untuk menubuhkan Kolej Koperasi Malaysia yang akan dikenali sebagai KUKoM pada tahun ini dalam persediaan dan sasaran untuk menjadi sebuah universiti iaitu Universiti Koperasi Malaysia (UKoM) menjelang tahun 2024.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article