- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Timbalan Perdana Menteri merasmikan Dewan SMK Lundu di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Lundu

Must read

Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin merasmikan Dewan SMK Lundu dengan menandatangani plak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Lundu, Kuching pada 14 Februari 2014.

Dewan SMK Lundu secara rasminya dinamakan sebagai “Dewan Pakma” sempena mengambil nama bunga pakma atau rafflesia yang boleh didapati di Taman Negara Gunung Gading yang popular di Daerah Lundu.

Selain merasmikan dewan tersebut, beliau turut bersama-sama rakyat menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Taqwa, Lundu dan kemudiannya menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan masjid.

Antara pemimpin-pemimpin negeri yang hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang, Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas YB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur YB Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman, Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Dr. Wan JUnaidi Tuanku Jaafar serta beberapa orang Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen yang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article