- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penyampaian baucer BR1M kepada Penduduk kawasan N.3 Tanjung Datu

Must read

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 (BR1M) bagi kawasan DUN N.3 Tanjung Datu bertempat di Dewan Masyarakat Lundu bermula jam 2.00 petang.

Bagi kawasan DUN N.3 Tanjung Datu dianggarkan kira-kira 2,000 orang penerima BR1M 3.0 menerima bantuan tersebut.

Turut hadir dalam majlis ini ialah isteri YB Datuk Dr. Wan Junaidi, YBhg Datin Fiona Sim, Setiausaha Politik Ketua Menteri, YBhg Tn. Hj. Halmi Hazmi, Pemangku Residen Bahagian Kuching, YBhg Zamahari Hj. Saidi dan Pegawai Daerah Lundu, YBhg Tn. Hj. Hamsen Atar.

Gambar disalurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article