Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin beramah mesra dengan anggota-anggota Kadet Polis Sekolah dari Kuching setelah selesai merasmikan Balai Polis Tabuan Jaya di Kuching pada 6 Mac 2014.
Mengiringi beliau ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Wira Muhammad Sabtu Osman (kiri) dan Ketua Bahagian Pengurusan Kontinjen Polis Sarawak (IPK) Datuk Dr. Chai Khin Chung.
Balai Polis Tabuan Jaya dibina pada 17 Januari 2007 di tanah seluas lebih 7 ekar dan siap sepenuhnya pada 18 November 2008.
Kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM12.6 juta.