Ahli Lembaga Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBhg. Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Abang Haji Openg, merasmikan Seminar Pengurusan LEAN 2014, anjuran bersama Pejabat Setiausaha Persekutuan dan MPC Wilayah Sarawak bertempat di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar, Kuching pada 13 Mac 2014.
Seminar tersebut merupakan sesi perkongsian amalan terbaik program Pengurusan Lean mengenai inisiatif-inisiatif dan faedah-faedah yang telah dicapai daripada pelaksanaannya. Seminar disertai seramai hampir 150 orang peserta terdiri daripada pelbagai Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.
Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg. Datuk Haji Md Yahaya Basimin.