- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Seminar Kepentingan Statistik Pendapatan Dan Perbelanjaan Isi Rumah

Must read

Ahli Dewan Undangan Negeri N4 Pantai Damai, YB Dr. Abdul Rahman Junaidi (dua kiri), mewakili Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, berucap ketika merasmikan Seminar Kepentingan Statistik Pendapatan Dan Perbelanjaan Isi Rumah Kepada Pembangunan Sosioekonomi Negara yang diadakan di Hotel Grand Margherita, Kuching pada 18 Mac 2014. Turut hadir sama ialah Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Hasan.

Seminar tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai kepentingan kerjasama bagi menjayakan banci dan penyiasatan isi rumah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak sepanjang tahun ini.

Selain itu, ia juga untuk mempersembahkan kepentingan data dan maklumat yang diperoleh bagi kegunaan dan manfaat bersama, disamping memperoleh maklum balas daripada semua pihak dalam menambahbaik cara pelaksanaannya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article