- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Acara ‘Earth Hour’ 2014

Must read

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sekitar (WWF), disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Dengan 35 buah negara di dunia merupakan anggota rasmi dan lebih 400 bandar juga menyokong, Earth Hour 2008 adalah kejayaan besar, dirayakan disemua tujuh benua. Mercu tanda ikonik kesemua seluruh dunia menutup lampu mereka untuk Earth Hour dimana termasuk Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London’s City Hall (England), Space Needle (Seattle), CN Tower (Toronto, Canada) dan SM Mall of Asia & The Giant Globe (Manila, Philippines).

Earth Hour 2009 bermula dari 8:30–9:30, 28 Mac 2009. Kini, 82 buah negara dan lebih daripada 2100 buah bandar adalah ‘komited ke Earth Hour 2009′, satu peningkatan sangat besar daripada perkecimpungan rakyat dalam 35 buah negara untuk Earth Hour 2008.

Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sekali lagi menganjurkan Earth Hour 2014 di Padang Merdeka dan Plaza Merdeka di sini pada Sabtu ini, 29 Mac 2014.

Warga Kuching dijemput hadir untuk memeriahkan kempen ini. Pelbagai program disusun bagi memeriahkan program tersebut seawal jam 6:45pagi di Padang Merdeka. Antaranya acara senamrobik, pertandingan dart, boling kelapa dan sepak raga bulatan selain pertandingan 3R Fashion show dan cabutan bertuah.

Manakala pada masa sama berlangsung di Plaza Merdeka ialah taklimat mengenai karbon rendah, pertandingan bercerita, persembahan Eco Band dan pertandingan mewarna, melukis serta permainan tradisional.

Pada sebelah malam pula, Majlis Perasmian Earth Hour 2014 akan diadakan bermula jam 7 malam di Padang Merdeka dan dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani. Manakala DBKU juga, dengan kerjasama KOOCH Recreational Cycling Club Kuching akan mengadakan Kempen Let’s Share The Road untuk kali ketiga bermula 28 hingga 30 Mac di Padang Merdeka.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Perhubungan Awam (PRD) DBKU Mohd Hafiz Ali atau Fleming Michael di talian 082-446688 (sambungan 323/314) atau Bahagian Perhubungan dan Pembangunan Komuniti (CRD) DBKU Shareena Salleh di talian 082-446688 (sambungan 131/132).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article