- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

6,000 dijangka hadiri acara ‘Walk of Love’

Must read

Sidang Media oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkenaan penganjuran program Walk of Love dengan tema ‘We Care We Share’ yang akan diadakan di Le Park, Kuching pada Sabtu ini, 5 April 2014.

Turut hadir ialah (dari kiri) Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Syarikat Penerbangan MAS Sarawak Haswandy Morshidi, Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Puan Rodziah Morshidi, Menteri Muda Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga YB Robert Lawson Chuat dan Pengarah Biro Wanita Puan Noriah Haji Ahmad.

Kali ini program tahunan tersebut diadakan khas bertujuan untuk menunjukkan rasa kasih sayang, simpati dan belas kasihan kepada kaum keluarga penumpang-penumpang dan anak-anak kapal penerbangan MH370 yang hilang dan sebagai tanda sokongan rakyat Sarawak kepada kerajaan dan negara-negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Selain itu ia juga diadakan bagi mempamerkan kesepakatan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam mengharungi saat-saat yang sukar.

Menurut YB Datuk Hajah Fatimah, setakat semalam sebanyak 143 buah kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, badan-badan berkanun, institusi-institusi kebajikan dan pengajian merangkumi seramai lebih 4,000 orang telah mengesahkan penyertaan dan dijangka meningkat kepada 6,000 orang pada hari acara.
Program akan dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri Puan Sri Dato Hajah Jamilah Haji Anu.

Pendaftaran masih dibuka seawal jam 6.30 pagi pada hari tersebut dan disusuli dengan acara flag-off sejam kemudian. Jualan makanan dan ‘Picnic in the Park’ akan turut diadakan.

Kepada yang berminat untuk menyertai acara bolehlah menghubungi pejabat kementerian 082-440315, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak 082-449522, Kathereen 019-8890501 atau Biro Wanita 082-446980/446178.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article