Program ‘Sarawak Walk of Love – Purple Walk’ berlangsung pada 5 April yang lepas diadakan bersempena mengenang MH370 bertemakan ‘We Care We Share’ dengan laluan sejauh 2.7 kilometer. Aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga telah menarik perhatian seramai 9,000 orang peserta dengan menunjukkan semangat bersatu dan sokongan padu yang diberikan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Program yang turut diketuai oleh isteri Ketua Menteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu ini juga telah menarik minat dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, persatuan, pertubuhan, persatuan dan tidak ketinggalan juga individu perseorangan bagi menunjukkan rasa prihatin dengan tragedi yang menimpa negara kita baru-baru ini.