- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Mari Membaca Bersama Untuk 10 Minit dengan #LANBACA

Must read

“Budaya membaca haruslah dipupuk sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Ibu bapa haruslah memainkan peranan terutamanya dalam menggalakkan anak-anak mereka untuk minat membaca. Tetapi ianya tidak terhad kepada kanak-kanak atau remaja sahaja, malah ianya melibatkan seluruh masyarakat demi memupuk dan membentuk budaya suka membaca di kalangan rakyat Malaysia.”

Menurut Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan, Encik Japri Bujang Masil, seluruh perpustakaan awam bersetuju untuk menyahut cadangan Majlis Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia untuk menjayakan program “Mari Membaca Bersama Untuk 10 Minit”. Dan ianya dicadangkan untuk diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records. Konsep yang di ambil berdasarkan kempen Earth Hour yang menunjukkan kejayaan pada setiap tahun.

Isteri Ketua Menteri, YBhg Puan Sri Dato Hajah Jamilah Binti Haji Anu akan menjadi tetamu jemputan bagi program tersebut yang akan di adakan bermula jam 9 pagi di Pustaka Negeri Sarawak pada 22 April 2014. Manakala program “Mari Membaca Bersama Untuk 10 Minit” akan bermula serentak seluruh Malaysia dari jam 10 hingga 10:10 pagi. Ianya tidak terhad kepada pembacaan di perpustakaan sahaja bahkan boleh dilakukan di mana-mana saja.

Orang ramai boleh memuat turun borang dari laman sesawang Pustaka Negeri untuk diisi dan kemudiannya akan dihantar ke pengurusan Buku Rekod Malaysia sebagai bukti dan rakyat Sarawak digalakkan untuk mengambil gambar sendiri semasa membaca pada 22 April nanti dan memuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter dengan menaip ‘#lanbaca’.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article