Menteri Pelancongan Sarawak, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengadakan sidang media berkenaan World Harvest Festival (WHF) 2014 di Bangunan Baitul Makmur, Kuching.
WHF 2014 bakal berlangsung pada 2 – 4 Mei 2014 bertempat di Kampung Budaya Sarawak dan dijangka akan menerima seramai lebih 5,000 orang pengunjung. Antara acara yang telah disusun adalah seperti Pertandingan Ironman, Pertunjukan Fesyen, Pertandingan Miss Cultural Harvest Festival dan juga persembahan teater dari lagenda masyarakat Bidayuh iaitu Sibauk and The Magic Golden Seeds.