Sidang Media yang diadakan di pejabat Majlis Daerah Serian bersempena dengan ‘Rafting Challenge 2014’ diketuai oleh Kaunselor Stanley Sila mewakili Pengerusi ‘Rafting Committee’.
Turut kelihatan bersama Kaunselor Gabriel (Kanan) dan Puan Huzaimah (Kiri) antara ahli Jawatankuasa yang turut menyertai sidang media tersebut.
Aktiviti yang bakal berlangsung selama sehari pada 10 Mei ini bakal menawarkan pelbagai hadiah menarik yang boleh disertai secara perseorangan, berkumpulan, persatuan dan terbuka kepada pelbagai agensi. Penyertaan masih terbuka dan borang penyertaan boleh dimuat turun dari lawan web www.seriandc.sarawak.gov.my