- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Klinik Kesihatan Petra Jaya Kini Mula Dibuka Kepada Orang Ramai

Must read

Orang ramai kini boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Petra Jaya yang telah memulakan operasinya pada 31 Mac 2014 yang lalu.

Klinik ini juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Unit Rawatan Pesakit Luar, Klinik untuk Ibu dan Anak, Unit Patologi, Unit X-ray, Unit Khas Pembangunan Kanak-kanak Kurang Upaya, Unit Kecemasan dan Unit Diabetes. Malah, klinik ini turut menawarkan Pusat Pemulihan Pysiologi Kanak-kanak dan Unit Perkhidmatan Kaunseling.

Klinik yang terletak di Jalan Siol Kanan ini adalah merupakan klinik yang terbesar di Sarawak dan menempatkan seorang pakar perubatan, lima orang pegawai perubatan dan empat orang penolong pegawai perubatan disamping dibantu oleh jururawat-jururawat yang terlatih. Namun begitu, jumlah petugas di klinik ini akan bertambah apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

Seramai empat orang juru X-ray ditempatkan di Unit X-ray, manakala di bahagian farmasi pula diurus oleh seorang ahli farmasi.

Klinik ini beroperasi setiap hari Isnin sehingga Jumaat dan dibuka pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article