- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Persidangan Antarabangsa IFLA Asia Pasifik 2014

Must read

Menteri Kewangan II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti YB Dato Sri Wong Soon Koh (dua dari kiri) menyambut ketibaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika majlis perasmian persidangan antarabangsa International Federation of Landscape Architects (IFLA) Asia Pasifik 2014.

Dato Sri Wong Soon Koh yang mewakili Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem sebelum itu telah merasmikan persidangan tersebut yang berlangsung di Hotel Pullman, Kuching.

Tun Dr. Mahathir hadir untuk menyampaikan ucaptama seterusnya menerima anugerah daripada Institute of Landscape Architects of Malaysia ‘ILAM-IFLA APR Award of Distinction’.

Persidangan diadakan bertujuan untuk mencapai kualiti dan persekitaran hidup yang mapan melalui perspektif seni bina landskap dengan menekankan tiga (3) aspek iaitu Teknologi, Pelancongan dan Warisan.

Kira-kira 500 delegasi daripada 15 negara menghadiri persidangan yang bertemakan ‘A Greener Tomorrow’ mulai 28 hingga 30 April.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article