Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Muttalib mewakili Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem menerima cenderahati daripada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan,YBhg Dato’ Ir Dr Johari Bin Basri sempena Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2014 pada 28 April 2014 yang diadakan di Bangunan lama Dewan Undangan Negeri, Kuching. Turut kelihatan Pengarah Unit Keselamatan Negeri, YBhg Datu Dr Hj. Yusof Nook.
Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja ini atau lebih sinonim dengan World OHS Day (Occupational Safety and Health) disambut setiap tahun pada 28 April ini adalah bertujuan untuk mengingatkan kita tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.