Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang merasmikan Majlis Pelancaran Pesta Benak Sri Aman 2014, bertempat di Astaka Regatta Benak Batang Lupar, Sri Aman pada 17 Mei 2014.
Turut kelihatan Menteri Pelancongan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg (lima dari kiri), Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan, YB Datuk Francis Harden Ak Hollis (empat dari kiri) dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim (dua dari kiri) dan Residen Bahagian Sri Aman, Johnathan Lugoh (kanan sekali).
Pesta Benak yang berlangsung selama (3) hari bermula dari 16 hingga 18 Mei 2014 itu diwarnai dengan dengan pelbagai aktiviti seperti acara sukan air, sukaneka rakyat dan gerai yang menyediakan pelbagai produk.