Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyempurnakan acara pelepasan peserta Larian Kesihatan MAKSAK (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Sarawak) 2014 yang turut disertai Pengarah Tanah dan Survei, YBhg Datu Sejeli bin Kipli.
Larian anjuran Kelab Sosial dan Sukan Jabatan Tanah dan Survei (LANDAS) tersebut diadakan pada 24 Mei 2014 yang bermula di Stadium Negeri Sarawak mempertandingkan lima (5) kategori iaitu Kategori Tetamu Kenamaan (VIP) sejauh 3 km, Veteran Lelaki dan Wanita, masing-masing sejauh 4 km dan Kategori Terbuka Lelaki dan Wanita sejauh 6.5 km.
Walaupun berlangsung dalam keadaan hujan, ia tidak menjadi penghalang untuk peserta datang seawal jam 6.30 pagi dan meneruskan larian dan pelbagai aktiviti sampingan seperti persembahan Live Band, Program Pemeriksaan Kesihatan, Senamrobik, Tarian Zumba dan sebagainya.