- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perasmian Padang Sintetik Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak

Must read

Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem mendengar penerangan daripada Pengarah Yayasan Sarawak YBhg Datu Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki mengenai padang sintetik Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Kuching sebelum beliau melakukan gimik perasmian padang tersebut semalam.

Turut kelihatan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Pembinaan padang sintetik berkeluasan minimum itu telah menelan belanja kira-kira RM900,000. Ia mula dipasang pada pertengahan tahun lalu (2013) dan siap sepenuhnya pada April 2014.

Objektif utama pembinaannya adalah untuk menambah prasarana demi kemajuan sukan di negeri ini terutamanya dalam bola sepak.

Upacara perasmian oleh Ketua Menteri diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-43 Yayasan Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article