- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perasmian Pameran Raja Kita sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Peringkat Negeri Sarawak

Must read

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memotong reben sebagai tanda simbolik merasmikan Pameran Raja Kita sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Peringkat Negeri Sarawak di Wisma BDA, Bintulu pada 7 Jun 2014.

Turut kelihatan (dari kiri) Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (dua dari kiri), Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab Bersama Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Sosial, YB Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom dan Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak, Encik  Zaini Mohamad.

Pada majlis tersebut, Tun Pehin Sri Taib dan isteri Toh Puan Raghad turut menyampaikan bantuan kepada 150 orang penerima bantuan terdiri daripada pelbagai ketagori seperti orang tua, kanan-kanak, pesakit terlantar, elaun pekerja cacat, orang kurang upaya (OKU) tidak bekerja dan bantuan am.

Pameran Raja Kita anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak turut memeriahkan lagi majlis di perkarangan Wisma BDA Bintulu yang dibuka kepada orang ramai bermula pada 7 hingga 9 Jun 2014.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article