- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

98 Orang Mewakili MAKSAK Sarawak ke Mini Karnival Sukan MAKSAK Malaysia 2014

Must read

(GAMBAR) YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi merakam gambar bersama kontinjen Sarawak setelah selesai majlis penyerahan bendera yang diadakan di pejabat beliau di Kuching.

Seramai 98 orang yang mewakili Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak mengambil bahagian dalam Mini Karnival Sukan MAKSAK Malaysia yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Jun 2014.

Karnival sukan peringkat kebangsaan itu mempertandingkan 5 acara yang bakal berlangsung di beberapa buah gelanggang sekitar ibu kota iaitu Olahraga, Golf, Tenis, Tenpin Boling dan Ping Pong.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani telah menyerahkan bendera negeri kepada kontinjen Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi MAKSAK Sarawak, YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha di Kuching pada 16 Jun 2014.

Pada majlis tersebut YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi turut memberi kata-kata semangat kepada kontinjen Sarawak supaya memberikan saingan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh semangat kesukanan bagi mengharumkan nama negeri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article