INOVATIF: Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani tertarik dengan salah sebuah projek inovatif yang dipamerkan semasa beliau hadir merasmikan Majlis Penutupan dan Penganugerahan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2014 yang telah diadakan di Sibu pada 21 Jun.
Sebanyak 27 buah kumpulan iaitu 14 untuk Kategori Pengurusan dan 13 Kategori Teknikal yang mewakili pelbagai PBT di seluruh Sarawak bertanding di konvensyen yang diadakan buat kali ketiga bermula dari 19 hingga 20 Jun 2014.