- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ketua Menteri merasmikan SK Datu Pengiran Mohamad di Mukah

Must read

Ketua Menteri YAB Tan Sri Haji Adenan Satem telah merasmikan Majlis Perpindahan Murid-Murid dan Kakitangan ke bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Datu Pengiran Mohamad baharu pada 9 Ogos 2014.

Semasa berucap pada majlis tersebut beliau berkata, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menambahbaik kemudahan persekolahan di luar bandar. Oleh yang demikian penyediaan suasana pendidikan dan pembelajaran yang selesa penting untuk mengangkat prestasi sekolah-sekolah di luar bandar khasnya.

Menurut Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan, penyediaan suasana pendidikan dan pembelajaran yang selesa penting untuk mengangkat prestasi sekolah-sekolah di luar bandar. Usaha ini sebahagian daripada fokus kepada pembangunan luar bandar dalam Rancangan Malaysia ke -11.

Sekolah ini menyediakan 12 bilik darjah, asrama untuk 200 orang pelajar dan lain-lain kemudahan bagi memberi keselesaan kepada pelajar serta guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai.

Majlis tersebut dihadiri lebih kurang 5 ribu hadirin dari kawasan sekitar kawasan berkenaan. Turut hadir isteri Ketua Menteri YABhg Puan Sri Dato (empat dari kiri), YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah (tiga dari kanan), Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Merangkap ADUN N.50 Dalat, YB Dato Sri Dr. Muhammad Leo Toyad (dua dari kiri), Ahli Parlimen P.213 Mukah, Ahli Parlimen P.207 Igan, YB Datuk Haji Abdul Wahab Haji Dolah, Pengarah Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak, YBhg Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Encik Haji Abdul Rahman Bolhassan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article