- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sidang media Seminar Wanita TEGAS

Must read

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) , YB Datu Len Talif Salleh dalam sidang media untuk memaklumkan bahawa Seminar Wanita TEGAS anjuran bersama Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS), Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 16 Ogos 2014.

Seminar sehari tersebut bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang bakal disertai seramai 4,000 wanita dari Kuching, Samarahan, Serian, Lundu dan Sri Aman adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada kaum wanita, terutama sekali kaum ibu, tentang peluang-peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran yang diwujudkan selari dengan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Beliau turut menyatakan kaum ibu yang menjadi insan terdekat dengan anak-anak mereka perlu didedahkan dengan maklumat tepat tentang hala tuju pendidikan dan kerjaya terutamanya pendidikan teknikal. Ini pastinya memudahkan mereka dalam membuat keputusan bijak demi masa hadapan terbaik untuk anak mereka.

Pada seminar itu nanti, dua (2) kertas kerja bakal dibentangkan pada hari tersebut iaitu “Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Pemacu Ekonomi Berpendapatan Tinggi di Sarawak” dan “Halatuju Pendidikan dan Kerjaya Kanak-kanak Yang Mempunyai Masalah Pembelajaran”.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article