- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

HOPE 2014 Peringkat Negeri Sarawak

Must read

Menteri Pelancongan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (tengah) dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman (kanan) melawat pameran sempena perasmian Halal Outreach Programme (HOPE) 2014 Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Hilton, Kuching pada 18 Ogos 2014.

HOPE 2014 adalah anjuran Halal Industry Development Corporation (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) serta beberapa agensi Kerajaan Negeri iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak (JAIS), Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Jabatan Ketua Menteri (UPUB), Unit Halal Hub Jabatan Ketua Menteri dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Program yang diisi dengan seminar selama dua hari itu turut dijayakan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI), Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) dan beberapa agensi di bawah MITI.

Objektif program adalah untuk menyediakan landasan bagi menggalakkan penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri halal, meningkatkan kesedaran halal di samping memberi maklumat berkaitan halal, memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dalam bidang halal, menyediakan jaringan perniagaan bagi PKS Sarawak dan pasaran Pasaraya Besar di Malaysia dan Singapura, mengukuhkan peranan HDC dalam pembangunan bidang halal dan menyalurkan maklumat dan bantuan kepada PKS halal.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article