- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sidang Media Sarawak Regatta 2014

Must read

Menteri Pelancongan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menerima tajaan daripada wakil salah satu penaja selepas beliau mengadakan sidang media penganjuran Sarawak Regatta 2014 di pejabat Kementerian Pelancongan Sarawak, Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, Kuching pada 29 Ogos.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran dan Perhubungan Awam) YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha (kiri, belakang).

Sarawak Regatta tahun ini dimeriahkan lagi dengan Lumba Perahu Naga Antarabangsa (International Dragon Boat Race) yang diadakan buat julung kalinya. Secara keseluruhan, seramai kira-kira 7,600 peserta dijangka bakal berentap dalam pelbagai kategori perlumbaan yang berlangsung selama empat hari bermula 4 September.

Untuk perlumbaan perahu naga, kira-kira 600 peserta dari 20 buah pasukan akan beraksi dalam empat kategori iaitu Antarabangsa Campuran 12 Krew (minimum 4 wanita), Terbuka Antarabangsa 12 Krew, Antarabangsa Campuran 20 Krew (minimum 8 wanita) dan Terbuka Antarabangsa Final 20 Krew.

Dari jumlah ini, 14 daripadanya ialah pasukan antarabangsa dari Australia, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Kanada manakala selebihnya ialah dari Sabah, Perak, Pulau Pinang, Putrajaya dan termasuk 2 pasukan dari Sarawak.

Acara saringan akan bermula pada 6 September diikuti peringkat separuh akhir dan akhir pada 7 September. Acara perlumbaan itu akan diselia oleh International Dragon Boat Federation (IDBF) Competition and Rule of Racing.

Selain itu, Perhimpunan Agung Ke-14 East Asia Inter-Regional Tourism Forum (EATOF) turut diadakan serentak di Hotel Riverside Majestic, Kuching bermula 4 hingga 6 September. EATOF Food Festival juga diadakan sebagai acara kemuncak di mana 7 orang chef terkemuka dari Filipina, Indonesia, Vietnam dan Korea akan mempamerkan hidangan makanan dari negara masing-masing di Tebingan Kuching.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan persembahan artis dari Indonesia iaitu Tegar Septian yang popular dengan lagu “Aku yang Dulu Bukan yang Sekarang” pada Malam Kebudayaan di Kompleks Pelancongan Sarawak pada 5 September dan sesi bertemu peminat pada tengah hari di Plaza Merdeka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article