Penyerahan ‘Pengayuh Sampan’ kepada ketua marshall, acara simbolik yang disempurnakan oleh Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem (kanan) sebagai tanda perasmian temasya bersejarah tahunan Sarawak Regatta 2014 di Tebingan Kuching pada 6 September.
Beliau diiringi oleh Menteri Pelancongan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (dua dari kanan).
Sarawak Regatta 2014 berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 September dengan tema ‘Race for Harmony’. Temasya kali ini dimeriahkan lagi dengan acara lumba perahu naga antarabangsa yang dianjurkan buat julung kalinya.
Selain itu, festival makanan sempena Perhimpunan Agung Ke-14 East Asia Inter-Regional Tourism Forum (EATOF), pameran dan jualan kraftangan juga memeriahkan temasya.