Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diiringi Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem melambai kepada orang ramai yang hadir ketika sambutan hari jadi beliau Ke-78 pada 13 September 2014.
Sambutan dianggap bersejarah dan istimewa kerana ia adalah sambutan hari jadi rasmi pertama untuk Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak sejak mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu.
Ribuan hadirin memenuhi Padang Merdeka, Kuching untuk menyaksikan acara sambutan yang penuh istiadat perbarisan dan perarakan oleh 117 kontinjen dari pelbagai organisasi dan pasukan beruniform.