- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelancaran Muzium Moden Sarawak

Must read

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud melihat secara dekat model bangunan Muzium Moden Sarawak (MMS) setelah selesai merasmikan Majlis Pecah Tanah Muzium Moden Sarawak (MMS) pada 18 September 2014.

Turut kelihatan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

MMS adalah sebuah muzium yang dibina khas untuk memperingati dan menghargai pengorbanan dan sumbangan tujuh orang TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan lima orang Ketua Menteri Sarawak dahulu dan sekarang kepada negeri dan rakyat Sarawak semenjak mencapai kemerdekaan dalam Malaysia pada 1963.

MMS terletak di atas lanskap yang berbukit dan menghadap Dewan Undangan Negeri serta menghala ke bandar raya Kuching yang indah. Idea untuk menubuhkan sebuah galeri di lokasi berkenaan secara tidak langsung bertujuan untuk memberi penghormatan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negeri Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article