Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang mencuba sendiri cara menetapkan gred telur ayam ketika berkunjung ke pameran dan gerai jualan agensi-agensi pertanian kerajaan dan swasta yang terlibat menjayakan Program Road to MAHA 2014 Peringkat Negeri Sarawak di Medan Niaga Satok, Kuching pada 19 September.
Beliau yang mewakili Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem telah merasmikan program tersebut.
Turut kelihatan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak YBhg Datuk Dr. Ngenang Jangu (dua, kiri), Menteri Muda Kemudahan Awam dan Menteri Muda Pertanian YB Datuk Sylvester Entri Muran (empat, kiri), Menteri Muda Pembangunan Belia YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (lima, kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) YBhg Haji Azini Mohd Shahid (kanan).
Road to MAHA 2014 yang dianjurkan oleh MOA akan berlangsung dari 19 hingga 21 September.