- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Sidang Media Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menunjukkan kalendar Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2014 kepada pihak media ketika beliau mempengerusikan sidang media berkenaan sambutan tersebut di Hotel Pullman, Kuching pada 30 September.

Bersama beliau ialah (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif CMM Tuan Haji Syeed Mohd Hussien Wan Abd. Rahman, Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin, Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmatan dan Kualiti (UPPQ) Jabatan Ketua Menteri Dr. Sabariah Putit dan Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) Jabatan Ketua Menteri Dr. Razali Abon.

Sambutan Minggu Inovasi telah bermula pada 29 September dengan penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri yang akan berakhir pada 1 Oktober di Boulevard Grand Ballroom, Hotel Imperial, Kuching.

Acara sambutan diteruskan di tempat yang sama dengan Diskusi Inovasi bertajuk ‘Intelectual Property‘ pada 2 Oktober disusuli Majlis Anugerah Konvensyen KIK dan Perasmian Sambutan Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sarawak yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri pada 3 Oktober dan Pameran Hari Bersama Pelanggan pada 4 hingga 6 Oktober.

Di tempat-tempat lain pula, Inno Race akan diadakan pada 7 Oktober bertempat di Kampus INTAN Wilayah Sarawak manakala Seminar Inovasi dan Majlis Penutupan Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Hotel Pullman, Kuching pada 8 Oktober.

Dengan tema ‘Create and Innovate: Makes a Difference’, Minggu Inovasi diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan awam, mengetengah dan mengiktiraf keberhasilan inovasi penjawat awam, berkongsi pengalaman dan idea inovatif, mempromosikan produk atau perkhidmatan inovasi yang ditawarkan dan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article