- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelancaran Aplikasi Talikhidmat

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani ketika melancarkan Aplikasi Talikhidmat di Lobi Pusat Beli Belah Boulevard, pada Sabtu lepas, 4 Oktober 2014.

Ia diadakan serentak dengan Perasmian Hari Bersama Pelanggan bersempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri.

SCS Talikhidmat App Versi 1.0, merujuk kepada aplikasi mobile terbaru yang membolehkan orang ramai menghantar gambar berserta dengan aduan di samping menunjukkan lokasinya dalam peta untuk tindakan agensi berkaitan. Aplikasi ini dapat dipakai oleh kedua-dua pengguna alat iOS ataupun Android.

Menurut beliau lagi, Talikhidmat-555999 telah diperkenalkan pada 1996 bagi menerima aduan orang ramai melalui telefon, kemudian menambah baik salurannya dengan memperkenalkan laman web talian pada 2005, web mobile dan SMS pada 2010 serta menerusi e-kiosk kerajaan negeri pada 2013.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article