- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Minggu Alam Sekitar Malaysia

Must read

Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, YBhg Dato’ Halimah Hassan memukul gong sebagai tanda simbolik Majlis Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Negeri Sarawak dan Seminar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 pada 23 Oktober 2014 di Kuching.

Turut kelihatan, Controller, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (kiri sekali), YBhg Encik Peter Sawal, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Yang Berusaha Tuan Haji Ruslan Bin Mohamad (dua dari kiri) dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) YBhg Prof Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi (dua dari kanan).

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia kali ini yang membawa tema “Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari” iaitu kesinambungan daripada tema pada tahun 2013 iaitu “Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar”.

Kerajaan telah menetapkan bahawa 21 Oktober setiap tahun adalah Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk memberi kesedaran pada masyarakat dalam memelihara alam sekitar dan mengamalkan amalan industri hijau dan mesra alam sekaligus meningkatkan ekonomi dan taraf hidup seawal usia muda lagi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article