- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Semoga Berjaya Kontinjen Sarawak di Kejohanan Sukan SUK Se-Malaysia Ke-5

Must read

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak ke Kejohanan Sukan antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Se-Malaysia Kali Ke-5 oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran dan Perhubungan Awam) YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha yang bertindak selaku Chef de Mission.

Majlis telah diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 27 Oktober 2014.

YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani turut memberikan kata-kata semangat kepada pasukan Pejabat SUK Sarawak supaya bertanding secara profesional dan penuh semangat setiakawan.

Seramai lebih kurang 120 orang peserta termasuk lelaki dan wanita mewakili pasukan SUK Sarawak dalam tujuh acara yang dipertandingkan iaitu bolasepak, boling, badminton, bola jaring, ping pong, sepak takraw dan golf.

Pulau Pinang dipilih sebagai hos kejohanan pada tahun ini yang akan bermula pada 4 hingga 7 November 2014.

Kejohanan Sukan SUK pertama kali dilangsungkan pada 2004 di mana Pejabat SUK Melaka menjadi tuan rumah diikuti Pejabat SUK Sabah 2006, Pejabat SUK Pahang 2010 dan Pejabat SUK Sarawak yang turut muncul juara pada tahun 2012.

Sebagai juara edisi lalu, pasukan Pejabat SUK Sarawak akan cuba mempertahankan kejuaraan untuk kali ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article