- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lawatan Q-Visit ke Limbang

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama dengan Residen Limbang, Encik Maria Bin Hasman bergambar dengan pemenang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pejabat Residen dan Daerah Limbang.

Upacara ringkas tersebut diadakan sebaik sahaja Setiausaha Kerajaan Negeri selesai mempengerusikan dan mendengar taklimat Lawatan Q-Visit Residen Limbang daripada  Residen Limbang, Encik Maria Bin Hasman dan Timbalan Residen Pembangunan, Encik Selamat Jati Ak Yanjah.

Satu  sesi dialog di antara penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di Limbang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri turut diadakan sebelum beliau dan rombongan melawat di persekitaran pejabat dan menandatangani plak sebagai tanda kenangan di Kaunter Perkhidmatan Pejabat Daerah Limbang yang kini telah berwajah baharu.

Lawatan Q-Visit di Limbang tersebut adalah yang ketiga selepas lawatan serupa di Bahagian Bintulu dan Miri yang diadakan pada tahun ini (2014) dengan objektif antara lain untuk mengukuhkan pembudayaan inisiatif kualiti & inovasi di  peringkat organisasi serta menyemai beberapa inisiatif baharu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article