- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan Empat Roda dan Senjata Api kepada Jabatan Hutan Sarawak

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem menyerahkan kunci replika kepada Pemangku Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Encik Said Gapor pada Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD) dan Senjata Api kepada Jabatan Hutan Sarawak.

Majlis ringkas tersebut diadakan di perkarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya, Kuching pada 2 Januari 2015.

Sebanyak 29 buah kenderaan 4WD dan 50 laras senapang patah diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Hutan Sarawak sebagai kemudahan tambahan bertujuan untuk memperkasakan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kegiatan pembalakan dan penyeludupan balak haram di negeri ini.

Majlis penyerahan tersebut juga merupakan kesinambungan usaha Ketua Menteri untuk mencegah pembalakan haram dengan lebih tegas dan berkesan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article