Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem (duduk, tiga kiri) dan isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu (duduk, tiga kanan) bergambar bersama penerima-penerima anugerah pada majlis Anugerah Khas Ketua Menteri (AKKMS) ke-22 bagi tahun 2014 yang telah berlangsung di sebuah hotel di Kuching pada 19 Januari 2015.
Majlis anjuran Yayasan Sarawak tersebut turut dihadiri oleh (duduk dari kiri) Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak YBhg Hajah Serina Sauni, Pengarah Yayasan Sarawak YBhg Datu Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah.
Seramai 23 penerima yang terdiri daripada beberapa buah sekolah di Sarawak merangkul anugerah yang dipertandingkan dalam 25 kategori. Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Menteri yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak.