- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak Perintis Kepada Penanaman Padi Hibrid Arize 6444 Golden

Must read

Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (MOMA) dan Jabatan Pertanian (DOA) Sarawak melancarkan perintis sulung negara bagi penanaman padi hibrid di Rumah Panjang Kujat, Ijok, Ulu di Bandar Sri Aman pada 20 Januari 2014.

MOMA, DOA dan petani dari Rumah Panjang Kujat, yang terletak di Tanjung Seduru, Sri Aman, telah menjalankan ujian penanaman padi hibrid Arize 6444 Golden di atas tanah seluas 23 ekar di Tanjung Saduru sejak Oktober 2014 dengan sokongan Bayer CropScience menerusi padi hibrid Arize keluaran syarikat tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata kawasan Tanjung Saduru ini merupakan kawasan percubaan bagi penanaman padi hibrid dan hasilnya sangat menakjubkan iaitu dengan hanya 140 hari dari benih ditanamkan sehinggalah tempoh menuai dibandingkan sebelum ini iaitu 170 hari bagi padi biasa.

Katanya, seramai 13 ketua rumah panjang bagi kawasan ini telah menyatakan persetujuan untuk menyertai projek penanaman padi hibrid tersebut dengan bimbingan daripada pasukan Bayer CropScience.

Sebanyak 500 ekar akan menjadi kawasan penanaman padi hibrid memandangkan kawasan tersebut telah mempunyai ban iaitu kawalan pengaliran air yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article