Pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak membaca Ikrar Warga Kastam sempena sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-33 yang diadakan di Wisma Kastam, Medan Raya, Kuching pada 26 Januari 2015.
Sambutan yang bertemakan ‘Penyelarasan Pengurusan Sempadan: Pendekatan Inklusif bagi Menghubungkan Pihak Berkepentingan’ telah dihadiri oleh Pengarah Kastam Negeri Sarawak YBhg Datin Dayang Fatimah Johari yang turut menyampaikan perutusan daripada Ketua Pengarah Kastam YBhg Datuk Seri Khazali Ahmad.