- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perasmian International Energy Week (IEW) ke-3

Must read

Mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima cenderahati dari Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II merangkap Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan mewakili Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem pada perasmian International Energy Week (IEW) kali ke-3 yang bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 27 Januari 2015 lepas.

Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengarah Unit Perancang Negeri, YBhg Datu Haji Ismawi Bin Haji Ismuni selaku Pengerusi IEW’15 dan jawatankuasa penganjur.

International Energy Week (IEW) yang melibatkan penyertaan 16 buah negara itu berlangsung selama tiga hari itu memberi tumpuan terutama sekali kepada pembangunan sumber tenaga, petroleum dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Penaja ekspo berkenaan adalah terdiri daripada Sarawak Energy Berhad, Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Sarawak Shell, JX Nippon Oil, Alstom, Toshiba, Three Gorges dan IMPSA. Manakala penyertaan dari  Sarawak pula telah disertai oleh Bintulu Port, Brooke Dockyard, Brooke Renewables, NAIM, Sarawak Cables dan Trienekens.

Ekspo tersebut juga mengetengahkan kejayaan dua pelabur utama di Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) iaitu Tokuyama dan Press Metal.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article