- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Penyerahan Bendera MAKSAK

Must read

Majlis penyerahan bendera oleh Residen Bahagian Kuching. Tuan Haji Shukarmin Hj Chasemon kepada Pasukan Bola Sepak MAKSAK Bahagian Kuching yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak Terbuka/Veteran MAKSAK Sarawak 2015 di Miri pada 28 Februari hingga 1 Mac 2015.

Pasukan MAKSAK Bahagian Kuching diwakili oleh 21 orang pemain yang terdiri daripada pengurus, jurulatih, pegawai teknikal, fisio, pemain veteran dan pemain terbuka.

Kejohanan yang dianjurkan oleh MAKSAK Sarawak dan dikelolakan oleh MAKSAK Bahagian Miri akan diadakan di tiga lokasi iaitu Padang Majlis Bandaraya Miri, Padang Pusat Belia Miri dan Stadium Terbuka Miri.

Kejohanan tahun ini juga menampilkan format baru yang berbeza daripada tahun sebelum yang melibatkan pemain campuran iaitu terbuka dan veteran.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article