- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Pelancaran Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak

Must read

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat peta Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak setelah beliau merasmikan pelancaran pembinaan fasa pertama lebuh raya tersebut di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Bakun, Batu 32, Jalan Bintulu-Miri pada 31 Mac 2015.

Turut bersama beliau ialah (dari kiri) Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Kerja Raya YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof dan Menteri Kemudahan Awam, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Pembangunan Perindustrian YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.

Fasa pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM13 bilion bermula dengan pembinaan jalan sepanjang 43 km dari Nyabau ke Bakun yang dijangka siap pada penghujung 2017 diikuti pembinaan Jalan Tanjung Datu-Sematan-Miri-Limbang-Lawas dengan panjang keseluruhan sejauh 919 km. Tempoh siap untuk keseluruhan projek dijangka pada pertengahan 2023.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article