Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak setelah selesai Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17 yang sebelum itu berlangsung di Dataran Perbarisan, Bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya, Kuching pada 21 April 2015.
Turut mengiringi ialah Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem (dua, kiri).