Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBhg Datu Dr. Zulkifli Jantan bersama-sama dengan Ketua Penyelia Jururawat Negeri, Puan Rohani Abdul Rahman dan para jururawat sedang memotong kek sempena perasmian Sambutan Hari Jururawat yang diadakan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Perguruan Guru, Batu Lintang, Kuching.
Sambutan Hari Jururawat diadakan pada 12 Mei setiap tahun yang mengiktiraf jururawat sebagai profesion yang utama dalam Jabatan Kesihatan Awam.
Menurut YBhg Datu Dr. Zulkifli Jantan ketika dalam ucapan perasmian menyifatkan jururawat sebagai profesion yang mencabar, memerlukan kesabaran dan semangat berdedikasi yang tinggi. Jururawat juga menurutnya memegang amanah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efektif untuk kesejahteraan rakyat.
Profesion ini telah melalui perubahan dan penambahbaikan seperti dari segi “bedside nursing care” kepada kerja-kerja yang “highly technical”. Jika sebelum ini, jururawat hanya mengambil arahan daripada doktor untuk mengambil tindakan merawat pesakit, kini jururawat ada “Nursing Diagnosis”nya sendiri dan perancangan tindakan atau intervensi untuk merawat pesakit serta membuat penilaian keberkesanan tindakan tersebut.
Sambutan ini merupakan anjuran bersama Seksyen Kejururawatan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Unit Pergigigaan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Hospital Umum Sarawak dan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.