Timbalan Setiausaha Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat) YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha menyertai acara senamrobik sebelum ke acara pelepasan Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak anjuran bersama MAKSAK Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Kuching.
Larian Kesihatan MAKSAK ini telah diadakan di Perkarangan Lembaga Pelabuhan Kuching, Pending pada Sabtu lepas, 23 Mei 2015 bermula seawal jam 6 pagi. Larian Kesihatan dibahagi kepada enam kategori iaitu Kategori Lelaki dan Wanita (Terbuka), Kategori Lelaki dan Wanita Veteran dan Kategori VIP Lelaki dan Wanita.